PRU15: DAP Sarawak akan guna logo roket

DAP Sarawak akan terus menggunakan logo roketnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
DAP Sarawak akan terus menggunakan logo roketnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
A
A
A

SIBU - DAP Sarawak akan terus menggunakan logo roketnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) walaupun parti Pakatan Harapan (PH) yang lain menggunakan logo perikatan itu.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata, keputusan itu bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengundi di negeri itu, kerana mereka telah biasa dengan logo roket.

"Saya rasa pengundi Sarawak telah biasa dengan logo roket, jadi saya tidak rasa akan ada sebarang kekeliruan,” katanya kepada media selepas pelancaran bilik operasi DAP Sibu di sini pada Ahad.

Sementara itu Chong berkata, DAP akan bertanding bagi mempertahankan enam kerusi di Sarawak yang telah mereka menang pada PRU14, dan cuba untuk memenangi lebih lagi.

Kerusi-kerusi tersebut ialah Mas Gading, Bandar Kuching, Stampin, Lanang, Sibu dan Sarikei.

"Kami akan mempertahankan enam kerusi dan bertanding di dua lagi kerusi yang kami belum menangi iaitu Serian dan Bintulu,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 19 November sebagai tarikh mengundi, manakala penamaan pada 5 November dan pengundian awal pada 15 November. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!