GP Malaysia: Arbolino ungguli Moto2
PELUMBA Elf Marc VDS Racing Team, Tony Arbolino meraih kemenangan ketiga musim ini dalam kelas Moto2 di Kejuaraan Dunia Motosikal Grand Prix (GP) Malaysia 2022 di Litar Antarabangsa Sepang pada Ahad.
Walaupun berlaku kemalangan di awal perlumbaan, pelumba Itali berusia 22 tahun yang bermula dari petak kedua itu paling menyerlah untuk muncul pelumba pertama di garisan penamat dengan 38 minit 25.233 saat (s).
Pelumba Sepanyol, Alonso Lopez dari Beta Tools Speed Up di tempat kedua kurang 11.411s di belakang pendahulu, diikuti pelumba Inde GASGAS Aspar Team, Jake Dixon dari Great Britain di tempat ketiga dengan 11.802s di belakang.
Harapan pelumba Honda Team Asia, Ai Ogura untuk mengukuhkan kedudukan pada kejuaraan musim ini musnah apabila beliau terbabas dalam perlumbaan hari ini, sekali gus tidak dapat meneruskan perlumbaan.
Pelumba Jepun berusia 21 tahun itu turun kepada kedudukan kedua selepas mengumpul 242 mata manakala Augosto Fernandez dari Sepanyol yang mewakili Red Bull KTM Ajo memintas dengan 251.5 mata selepas menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat dengan 38:38.439s.
Pelumba wildcard Malaysia, Kasma Daniel Kasmayudin dan Azroy Hakeem Anuar dari Petronas MIE Racing RW masing-masing menamatkan saingan di kedudukan ke-19 dan 22.
Terdahulu, berlaku kemalangan di awal perlumbaan membabitkan lima pelumba termasuk dari Red Bull KTM Ajo, Pedro Acosta dari Sepanyol dan Somkiat Chantra dari Thailand mewakili Honda Team Asia.- Bernama
Keputusan Moto2 GP Malaysia 2022
1.Tony Arbolino (ITA) Elf Marc VDS Racing Team 38:25.233s
2. Alonso Lopez (SPA) Beta Tools Speed Up 38:36.644s
3. Jake Dixon (GBR) Inde GASGAS Aspar Team 38:37.035s
4. Augusto Fernandez (SPA) Red Bull KTM Ajo 38:38.439s
5. Manuel Gonzalez (SPA) Yamaha VR46 Master Camp Tea 38:40.003s
6. Marcel Schrotter (GER) Liqui Moly Intact GP 38:42.399s
7. Cameron Beaubier (USA) American Racing 38:45.455s
8. Aron Canet (SPA) Flexbox HP40 38:49.512s
9. Jeremy Alcoba (SPA) Liqui Moly Intact GP 38:49.640s
10. Fermin Aldeguer (SPA) Beta Tools Speed Up 38:49.715s
11. Filip Salac (CZE) Gresini Racing Moto2 38:55.869s
12. Lorenzo Dalla (ITA) Italtrans Racing Team 38:58.828s
13. Albert Arenas (SPA) Inde GASGAS Aspar Team 38:59.681s
14. Bo Bendsneyder (NED) Pertamina Mandalika SAG Team 39:00.160s
15. Taiga Hada (JPN) Pertamina Mandalika SAG Team 39:08.990s
16. Keminth Kubo (THA) Yamaha VR46 Master Camp Tea 39:10.173s
17. Marcos Ramirez (SPA) MV Agusta Forward Racing MV 39:10.415s
18. Sean Dylan Kelly (USA) American Racing 39:14.05s
19. Kasma Kasmayudin (MAS) Petronas MIE Racing RW 39:18.354s
20. Borja Gomez (SPA) Flexbox HP40 39:19.698s
21. Niccolo Antonelli (ITA) Mooney VR46 Racing Team 39:20.045s
22. Azroy Anuar (MAS) Petronas MIE Racing RW 39:20.918s
Tidak Menamatkan Perlumbaan:
Ai Ogura (JPN) IDEMITSU Honda Team Asia 1 laps
Pedro Acosta (SPA) Red Bull KTM Ajo 9 laps
Alessandro Zaccone (ITA) Gresini Racing Moto2 9 laps
Joe Roberts (USA) Italtrans Racing Team 10 laps
Celestino Vietti (ITA) Mooney VR46 Racing Team 13 laps
Somkiat Chantra (THA) IDEMITSU Honda Team Asia 17 laps
Tidak Menamatkan Pusingan Pertama:
David Sanchis (SPA) MV Agusta Forward Racing
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!