GP Malaysia: McPhee raih kemenangan sulung

McPhee - Foto Bernama
McPhee - Foto Bernama
A
A
A

PELUMBA Sterilgarda Husqvarna, Max John McPhee meraih kemenangan sulungnya dalam saingan Moto3 Kejuaraan Dunia Motosikal Grand Prix (GP) Malaysia 2022 di Litar Antarabangsa Sepang pada Ahad.

Pelumba British berusia 28 tahun itu merekodkan 38 minit 04.589 saat (s).

Rakan sepasukan Ayumu Sasaki dari Jepun muncul di tempat kedua dengan 38:04.637s manakala pelumba Sepanyol, Sergio Garcia dari Gaviota GASGAS Aspar Team ketiga dengan 38:04.735s.

Juara baharu kelas Moto3 dari Sepanyol Izan Guevara dari Gaviota GASGAS Aspar Team menamatkan perlumbaan di tempat ke-12 selepas merekodkan 38:13.737s.

Pelumba wildcard negara Syarifuddin Azman atau dikenali Damok yang bermula dari barisan ketujuh menduduki tempat ke-16, menepati sasaran berada dalam kelompok ke-19 walaupun tidak meraih sebarang mata.- Bernama

Keputusan Moto3 GP Malaysia 2022

1. John McPhee (GBR) Sterilgarda Husqvarna Max 38:04.589s

2. Ayumu Sasaki (JPN) Sterilgarda Husqvarna Max 38:04.637s

Artikel Berkaitan:

3. Sergio Garcia (SPA) Gaviota GASGAS Aspar Team 38:04.735s

4. Jaume Masia (SPA) Red Bull KTM Ajo 38:04.834s

5. Diogo Moreira (BRA) MT Helmets - MSI 38:04.908s

6. Dennis Foggia (ITA) Leopard Racing 38:04.960s

7. Daniel Holgado (SPA) Red Bull KTM Ajo 38:10.406s

8. Ryusei Yamanaka (JPN) MT Helmets - MSI 38:10.623s

9. Ivan Ortola (SPA) Angeluss MTA Team 38:10.819s

10. Deniz Oncu (TUR) Red Bull KTM Tech3 38:11.321s

11. Xavier Artigas (SPA) CFMOTO Racing PruestelGP 38:11.378s

12. Izan Guevara (SPA) Gaviota GASGAS Aspar Team 38:13.737s

13. Elia Bartolini (ITA) QJMotor Avintia Racing Team 38:18.005s

14. Andrea Migno (ITA) Rivacold Snipers Team 38:18.271s

15. Adrian Fernandez (SPA) Red Bull KTM Tech3 38:19.248s

16. Syarifuddin Azman (MAS) VisionTrack Racing Team 38:19.401s

17. Kaito Toba (JPN) CIP Green Power 38:19.579s

18. Joel Kelso (AUS) CIP Green Power 38:25.119s

19. Lorenzo Fellon (FRA) SIC58 Squadra Corse 38:32.829s

20. Nicola Fabio Carraro (ITA) QJMotor Avintia Racing Team 38:32.874s

21. Mario Suryo Aji (INA) Honda Team Asia 38:47.644s

22. Ana Carrasco (SPA) BOE Motorsports 38:47.839s

23. Joshua Whatley (GBR) VisionTrack Racing Team 38:58.699s

Tidak Menamatkan Perlumbaan:

Taiyo Furusato (JPN) Honda Team Asia 2 laps

Riccardo Rossi (ITA) SIC58 Squadra Corse 5 laps

Carlos Tatay (SPA) CFMOTO Racing PruestelGP 5 laps

Alberto Surra (ITA) Rivacold Snipers Team 9 laps

Tatsuki Suzuki (JPN) Leopard Racing 13 laps

David Munoz (SPA) BOE Motorsports 14 laps

Stefano Nepa (ITA) Angeluss MTA Team 16 laps

Scott Ogden (GBR) VisionTrack Racing Team 16 laps

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!