Gates dakwa krisis tenaga baik untuk Eropah

Bill Gates - Foto AFP
Bill Gates - Foto AFP
A
A
A

SEATTLE - Bekas lelaki paling kaya di dunia, Bill Gates berkata baru-baru ini bahawa krisis tenaga yang ketika ini berlaku di Eropah adalah baik untuk tempoh jangka panjang.

Bagi pengasas bersama Microsof itu, krisis tersebut yang dialami Eropah amat baik kerana orang ramai tidak akan mahu bergantung kepada gas dari Rusia.

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa peralihan kepada tenaga baharu tidak akan berlaku dengan cepat, sebaliknya Gates berpendapat ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga dekad.

Beliau menyatakan demikian dalam temu ramah dengan stesen CNBC.

Sejak tentera Rusia menyerang Ukraine pada 24 Februari lalu, penduduk Eropah mengalami krisis gas.

Ini adalah kerana sekatan yang dilakukan Kesatuan Eropah (EU) ke atas Rusia.

Dalam ulasannya, Gates menyatakan adalah penting bahawa teknologi baharu mencipta tenaga bersih tanpa meminggirkan negara-negara membangun.

"Bantu orang ramai menyesuaikan diri dengan keadaan baharu dengan membiayai industri," tambahnya. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!