Rishi Sunak bakal rebut jawatan PM UK

Rishi Sunak mengambil pendirian untuk bertanding sebagai ketua Parti Konservatif sekali gus menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri. - Foto AP
Rishi Sunak mengambil pendirian untuk bertanding sebagai ketua Parti Konservatif sekali gus menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri. - Foto AP
A
A
A

LONDON - Bekas Menteri Kewangan United Kingdom (UK), Rishi Sunak mengesahkan akan bertanding dalam merebut jawatan sebagai Perdana Menteri UK, menggantikan Liz Truss.

Perkara itu disahkan oleh Sunak menerusi ciapan di akaun Twitter peribadinya pada Ahad.

Katanya, UK berdepan dengan krisis ekonomi ketika ini.

Justeru beliau mengambil pendirian untuk bertanding sebagai ketua Parti Konservatif sekali gus menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri.

Kongsinya lagi, beliau mahu menyelesaikan masalah ekonomi UK, menyatukan parti dan berkhidmat buat negara itu.

Terdahulu, Sunak tewas dengan Truss dalam pemilihan Parti Konservatif pada September lepas bagi menggantikan bekas Perdana Menteri Boris Johnson. - Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!