32 mangsa banjir di Alor Gajah masih berada di PPS
A
A
A
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan memaklumkan, kesemua mereka ialah penduduk dari Kampung Gadek, Kampung Bukit Tambun, Kampung Pulau dan Kampung Bukit Balai di Alor Gajah.
"Banjir juga masih dilaporkan berlaku di Kampung Pengkalan Rama Pantai dan Kampung Sungai Putat di Melaka Tengah dan Batang Melaka serta Gapis di Jasin, namun tiada mangsa dipindahkan ke PPS,” menurut kenyataan itu. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!