Masjid, surau perlu kreatif anjur aktiviti

Golongan muda turut menyertai perarakan mini sempena meraikan sambutan Maulidur Rasul dan perasmian bangunan baharu surau Al-Husna, Taman Desa Rahmat, pada Isnin. (Gambar kecil dari kiri: Zohaiman dan Hisham)
Golongan muda turut menyertai perarakan mini sempena meraikan sambutan Maulidur Rasul dan perasmian bangunan baharu surau Al-Husna, Taman Desa Rahmat, pada Isnin. (Gambar kecil dari kiri: Zohaiman dan Hisham)
A
A
A

JOHOR BAHRU - Institusi masjid dan surau perlu kreatif menganjurkan aktiviti bagi menarik kehadiran orang ramai khususnya golongan muda.

Perkara itu ditegaskan Pengerusi Surau Al-Husna, Taman Desa Rahmat, Zohaiman Mahamod Zahudi, 64, bagi memastikan masjid dan surau di seluruh negara dapat terus diimarahkan.

"Kita tahu di mana-mana (masjid, surau) pun, masalahnya sama... kekurangan jemaah tetapi penuh masa bulan Ramadan dan solat Hari Raya.

"Sebab itulah, perlu ada pelbagai aktiviti yang menarik, macam di surau ini memang ada ceramah, kuliah, kelas fardu a'in dan kita pernah mengundang penceramah terkenal seperti Ebit Liew dan Syamsul Debat (Syamsul Amri Ismail).

"Insya-ALLAH, kita pun memang merancang untuk menganjurkan lagi beberapa aktiviti lain dalam mengimarahkan lagi surau ini," katanya kepada Sinar Harian.

Zohaiman berkata demikian ketika ditemui sempena perasmian bangunan baharu Surau Al-Husna Taman Desa Rahmat, yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid.

Aktiviti seperti sambutan Maulidur Rasul boleh menarik golongan muda ke masjid.
Aktiviti seperti sambutan Maulidur Rasul boleh menarik golongan muda ke masjid.

Hadir sama ADUN Kempas yang juga merupakan Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Ramlee Bohanee.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, Surau Al-Husna (lama), mula dibina pada 1982 dan kerja-kerja penambahbaikannya mula dijalankan pada Januari 2019 lalu.

Bagaimanapun, kerja-kerja penambahbaikan surau baharu berkenaan tergendala beberapa kali dan hanya dapat siapkan pada Mac 2021 susulan beberapa kekangan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan pandemik Covid-19.

Sementara itu seorang jemaah, Hisham Pae, 80, berkata, pembinaan surau baharu itu dilihat sebagai satu kebanggaan buat penduduk setempat.

Katanya, pembinaan surau baharu itu juga diharap mampu menarik lebih ramai jemaah untuk diimarahkan.

"Memang jauh beza... dulu surau kecil, sekarang dah besar, tapi jemaah pula kurang.

"Oleh itu diharapkan agar pada masa hadapan surau ini akan dapat terus diimarahkan dengan kehadiran jemaah yang ramai " katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!