Lukisan sentuhan Cikgu Ripin terus dapat permintaan
Pesara guru, Mohd Ariffin Mohd Nawi, 63, menunjukkan koleksi lukisan dijual yang telah dihasilkan menggunakan cat pastel yang diabadikan dalam bentuk foto di kediamannya. - Foto Bernama
A
A
A
Lebih menarik Mohd Ariffin yang kini berusia 63 tahun, tidak menerima pendidikan formal sebaliknya hanya belajar sendiri sejak di bangku sekolah.
Bercakap kepada Bernama, Mohd Ariffin berkata, pada awalnya melukis adalah sekadar hobi beliau ketika sekolah rendah dan karya pertama yang berjaya dijualnya adalah lukisan hitam putih semasa berada di Tingkatan Dua.
"Saya telah hasilkan lebih 1,000 lukisan termasuk seni tulisan khat daripada penggunaan pensel, cat air, cat minyak, cat kilat dan cat pastel yang mempunyai sentuhan akhir yang berbeza-beza.
"Terdapat beberapa teknik yang berbeza mengikut bahan cat yang digunakan, misalnya untuk cat pastel saya tidak menggunakan berus kecuali jika terdapat perincian, berbeza dengan cat air, cat minyak dan cat kilat yang memerlukan penggunaan berus semasa berkarya,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Wangi di sini baru-baru ini.
Menggunakan nama pena 'Arina', beliau berkata, lukisan cat kilat lebih mudah dijual memandangkan harganya tidak semahal lukisan cat minyak.
"Biasanya orang susah untuk mengenal perbezaan antara lukisan cat minyak dan cat kilat, namun terdapat banyak perbezaan harga antara dua jenis lukisan ini jadi lukisan cat kilat lebih murah dan ramai yang membelinya selain lukisan potret yang menggunakan cat pastel," katanya.
Bercerita lanjut, Mohd Ariffin yang mesra disapa Cikgu Ripin berkata, beliau mampu menyiapkan lukisan potret dalam tempoh masa sehari jika ia tidak mempunyai perincian yang rumit.
"Namun untuk gambar pemandangan mahupun gambar buah-buahan sekurang-kurangnya empat hari diperlukan untuk disiapkan,” katanya.
Mohd Ariffin kerap bertukar pendapat dan berkongsi hasil lukisan bersama pelukis lain dari serata negara melalui aplikasi telefon pintar bagi mengekalkan hasil lukisan yang berkualiti dan cantik.
"Lukisan saya boleh didapati dari harga RM80 sehingga RM300 bergantung kepada saiz, kalau kita menjualnya murah sambil ingin teruskan hobi apa salahnya, kerana ada orang yang berminat membeli tetapi tidak mampu jika harga tinggi,” katanya. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!