Shahaniza sedia tanding mana-mana kerusi

Shahaniza (kanan) menyampaikan hadiah cabutan kepada peserta bertuah pada program Young Bikers Gathering@Lubuk Yu.
Shahaniza (kanan) menyampaikan hadiah cabutan kepada peserta bertuah pada program Young Bikers Gathering@Lubuk Yu.
A
A
A

MARAN - Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin sedia bertanding di mana-mana kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun beliau yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Sentul selama tiga penggal sejak PRU12 menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukannya.

"Ia satu proses biasa dalam kepimpinan, sesiapa sahaja yang layak boleh diberikan kepercayaan dan yang paling penting ia calon boleh menang.

"Dan penting UMNO Bahagian Maran ingin mempertahankan dua kerusi iaitu DUN Kuala Sentul dan Parlimen Maran yang dimenangi pada PRU14 lalu.

"Selain itu, kita ingin merampas kembali kerusi DUN Luit dan Chenor pada PRU15 ini," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau ditemui pada program Young Bikers Gathering@Lubuk Yu anjuran jawatankuasa bahagian tersebut di sini pada Ahad.

Shahaniza (tengah) bersama sebahagian peserta program Young Bikers Gathering@Lubuk Yu.
Shahaniza (tengah) bersama sebahagian peserta program Young Bikers Gathering@Lubuk Yu.

Hampir 500 penunggang terdiri daripada belia berusia 18 hingga 35 tahun dari 10 buah kampung dalam DUN Kuala Sentul berhimpun di Lubuk Yu.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, mengulas mengenai program tersebut, Shahaniza yang juga Exco Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang memberitahu, ia salah satu tanda penghargaan terhadap anak muda yang banyak memberikan kerjasama dan sokongan terhadap segala aktiviti yang dianjurkan di DUN tersebut.

Ujar Shahaniza, ia salah satu medan mendekati pengundi muda selain menjelaskan dasar-dasar kerajaan terhadap golongan berkenaan.

Pelbagai aktiviti dianjurkan seperti carian harta karun serta cabutan hadiah menarik buat peserta yang hadir.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!