Aksi di Bangkok bukan karakter sebenar Bungaraya 7's

Saizul Hafifi bersama anak buahnya yang menggalas cabaran di Kejohanan Siri 1 ARSS 2022 di Bangkok, Thailand, baru-baru ini.
Saizul Hafifi bersama anak buahnya yang menggalas cabaran di Kejohanan Siri 1 ARSS 2022 di Bangkok, Thailand, baru-baru ini.
A
A
A

PERSEMBAHAN dipamerkan para pemain skuad ragbi Bungaraya Tujuh Sebelah (7s) lelaki negara di Kejohanan Siri 1 Asia Rugby Sevens Series (ARSS) 2022 di Bangkok, Thailand baru-baru ini disifatkan bukan jelmaan karakter sebenar pasukan.

Sebaliknya pengendalinya, Mohd Saizul Hafifi Md Noor menegaskan akan melakukan proses penambahbaikan terhadap pasukan supaya lebih berdaya saing di Siri 2 ARSS Incheon, Korea Selatan, November depan.

“Ya, banyak sebenarnya perkara yang perlu diperbaiki segera terutamanya dalam usaha mencipta keputusan positif di Siri 2 ARSS itu.

“Pada masa sama pasukan juga akan melakukan kerja rumah mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pasukan lawan berdasarkan kejohanan di Bangkok,” katanya selepas anak buahnya mengakhiri cabaran di kedudukan ketujuh.

Untuk rekod, Siri 2 ARSS dijadualkan berlangsung di Korea Selatan pada 12 dan 13 November manakala Siri 3 ARSS pula dijangka 26 hingga 27 November di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

KEPUTUSAN

Kejohanan Siri 1 ARSS 2022 di Bangkok, Thailand

KUMPULAN

Artikel Berkaitan:

Malaysia 14 - 31 Korea Selatan

Malaysia 7 - 37 Jepun

SEPARUH AKHIR PLATE

Malaysia 14 - 19 Filipina

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!