Tawaran TPM umpan PRU15?
MENJELANG tempoh dua minggu sebelum hari penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 5 November ini, semua parti politik secara umumnya sudah menggerakkan jentera pilihan raya masing-masing ke tahap gear lima.
Tidak kira sama ada blok parti itu adalah BN, Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Gerakan Tanah Air (GTA), Gabungan Parti Sarawak (GPS) mahu pun Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kesemua koalisi tersebut telah mengemukakan tawaran pilihan raya masing-masing bagi menambat hati sejumlah 21.17 juta pemilih berdaftar pada 19 November nanti.
Namun, PRU15 dilihat unik kerana dua koalisi politik terbesar negara iaitu BN dan PH menawarkan jawatan timbalan perdana menteri (TPM) kepada Sabah dan Sarawak, sebagai usaha memancing sokongan rakyat negeri itu terhadap koalisi masing-masing.
Pada Sabtu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menawarkan tiga slot untuk jawatan TPM termasuk pemimpin dari Sabah dan Sarawak, sekiranya parti itu berjaya menubuhkan kerajaan selepas memenangi PRU15.
Baca analisis penuh di Sinar Premium
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!