Berkempen jangan kejar populariti semata-mata
PUTRAJAYA - Calon atau parti politik yang berkempen untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dinasihati agar tidak mengejar populariti semata-mata.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, pihak terbabit juga tidak seharusnya menampilkan unsur atau perkara yang tidak wujud.
Biarlah realistik yang dapat kita capai terhadap apa yang dijanjikan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas pelancaran Dokumen Inisiatif Lelaki Qawwam (ILQ) di pejabatnya, dekat sini pada Selasa.
Menurutnya, calon dan parti politik juga perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan undang-undang sedia ada.
Mengulas mengenai calon-calon yang bakal dikemukakan Pas, Idris yang juga Naib Presiden Pas berkata, pucuk pimpinan hampir memuktamadkannya dan mengumumkan senarai dalam masa terdekat.
"Semua ada termasuk calon muda, profesional, ulama dan aktivis," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!