Ibu Azalina meninggal dunia

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Datin Salamah Sheikh Ahmad, ibu kepada penyandang kerusi Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), awal pagi Selasa.

Jenazah Allahyarham dilaporkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas solat Zuhur pada Selasa.

Berita pemergian ibu Azalina itu dikongsikan Penasihat Khas Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Rashid Shirlin di Facebooknya.

Sementara itu, Anggota Dewan Udangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Aznan Tamin turut berkongsi berita duka pemergian Allahyarham.

Sebelum ini media melaporkan Azalina kehilangan ayahnya, Datuk Othman Said Pada 29 Julai lalu.

Allahyarham Othman meninggal dunia pada usia 89 tahun di kediamannya di Kelana Jaya, Selangor kerana sakit tua. - AWANI


Teruskan perjuangan politik ibu, ayah

Azalina Othman Said akan meneruskan perjuangan politik ibu dan ayahnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Artikel Berkaitan:

"Ayah dan ibu saya kedua-duanya adalah orang UMNO dan Barisan Nasional. Saya dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga ini.

"Jadi, insya-Allah semangat perjuangan mereka akan saya bawa seandainya saya dicalonkan dalam PRU15 akan datang," katanya ketika ditemui Bernama selepas selesai menghadiri pengebumian ibunya Datin Salamah Sheikh Ahmad di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini hari ini.

Reda dengan kehilangan kedua-dua orang tuanya, Azalina menyifatkan pemergian ibunya yang masih dalam tempoh idah selepas kematian Othman sebagai sebuah cinta sejati.

"Memang saya sedih dengan kehilangan kedua-dua orang tua saya. Pemergian mereka dalam jarak tempoh yang dekat, tapi mungkin ini cinta sejati, rezeki mereka," katanya.

Selesai memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham ibunya, Azalina turut menziarahi pusara ayahnya yang dikebumikan di tanah perkuburan sama.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!