Masalah Bekalan Air
Majoriti penduduk di 27 kampung di pulau ini terjejas dengan gangguan bekalan air sejak Ahad lalu berikutan kerosakan pada Sistem Pam Utama di Stesen Pulau Enoe yang menyalurkan 90 peratus air bersih ke seluruh Labuan.
Menurut kenyataan JBA Labuan, kerja-kerja pembaikan pam tersebut akan mengambil masa yang panjang disebabkan oleh alat ganti pam tidak terdapat dalam pasaran tempatan dan terpaksa diimport serta mengambil masa untuk tiba di Labuan.
Masalah pam rosak dan paip pecah silih berganti sepanjang tahun menyebabkan gangguan bekalan air tidak menentu yang berpanjangan dan menjejaskan penduduk di pulau bebas cukai ini.
Pihak JBA Labuan sedang berusaha untuk membekalkan bekalan air bersih ke tangki-tangki statik yang telah disediakan melalui lori tanker JBA, lori Perbadanan Labuan (PL), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Bomba untuk menghantar ke kawasan-kawasan yang terjejas. - Foto Bernama.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!