Nahas bas: 4 mayat wanita Indonesia telah dituntut

Lokasi kejadian yang mengakibatkan 12 mangsa maut dalam kejadian di Jalan S8 Pekeliling berdekatan MAS Kargo dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),Sepang, Ahad lalu.
Lokasi kejadian yang mengakibatkan 12 mangsa maut dalam kejadian di Jalan S8 Pekeliling berdekatan MAS Kargo dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),Sepang, Ahad lalu.
A
A
A

SEPANG - [DIKEMASKINI] Mayat sembilan mangsa warga asing yang terlibat dalam kemalangan bas pekerja di Jalan S8 Pekeliling berdekatan MAS Kargo dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, telah dituntut waris dan pihak kedutaan.

Jenazah wanita warga Indonesia Fitri Nurjahari, 21, dituntut di Hospital Putrajaya, manakala Ayu, 22, Rosvita Azura Afrianti, 22, Loka Harahap, 23, dituntut di Hospital Serdang.

Lima lagi mayat warga Bangladesh iaitu Golam Mostafa, 22,Md Sohel, 24, Al Amin, 25, Md Razib Munsi, 26 dan Mohin, 37, juga telah dituntut di Hospital Serdang.

Lokasi kejadian yang mengakibatkan 12 mangsa maut dalam kejadian di Jalan S8 Pekeliling berdekatan MAS Kargo dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),Sepang, Ahad lalu.
Lokasi kejadian yang mengakibatkan 12 mangsa maut dalam kejadian di Jalan S8 Pekeliling berdekatan MAS Kargo dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),Sepang, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah berkata, kesemua jenazah ini telah dituntut pada hari ini.

"Jenazah ini akan dibawa ke kargo petang ini dan dijangka akan bertolak ke Indonesia dan Bangladesh esok pagi menggunakan pesawat MAS," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Ketika ditanya status dua lagi mayat warga Nepal, Zulkifli berkata, mayat ini akan dituntut dalam masa terdekat dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan kemudian.

Mengulas dakwaan mengatakan bas terbabit berlumba sebelum kejadian berlaku, Zulkifli berkata, pihaknya akan menyiasat dakwaan tersebut berdasarkan keterangan yang dibuat mangsa-mangsa yang terselamat.

Artikel Berkaitan:

"Kita juga masih menunggu laporan ujian darah pemandu bas S Suresh, 43, untuk melihat lebih lanjut kes.

"Setakat ini jumlah kematian juga masih kekal seramai 12 orang," katanya.

Daripada jumlah itu, empat wanita warga Indonesia, lima lelaki Bangladesh, dua lelaki Nepal dan seorang lelaki rakyat tempatan yang juga pemandu bas terbabit.

Dalam nahas itu, sembilan orang termasuk pemandu bas kilang berusia 43 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Terdahulu, kejadian kira-kira jam 11.10 malam Ahad lalu, itu berlaku apabila bas berkenaan dikatakan hilang kawalan dan terbabas sebelum terjunam ke dalam longkang besar sedalam kira-kira 10 meter.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!