PRU15: BN Perak sasar 40 DUN, 15 Parlimen

Saarani
Saarani
A
A
A

SUNGAI SIPUT - BN Perak menyasarkan sekurang-kurangnya menang 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 15 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sasaran itu mampu direalisasikan melihat kepada kekuatan BN dan keputusan pada pilihan raya umum yang lalu.

Jelas beliau, kejayaan itu mampu diulangi dengan keputusan lebih besar.

"Pada tahun 2018, waktu itu BN merupakan parti tunggal yang besar menang 27 kerusi DUN masa itu, belum ada PH secara rasmi. Hanya gabungan parti-parti pembangkang waktu itu iaitu di dominasi oleh DAP ada 18 kerusi ditambah Amanah ada enam kerusi ditambah PKR tiga kerusi ditambah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) iaitu satu kerusi dan keseluruhan ada 29 kerusi.

"Sejarah pada tahun 2013, UMNO menang 30 kerusi DUN, MCA menang satu kerusi, jadi kita boleh mengulanginya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Deepavali Tahun 2022 Kerajaan Negeri Perak di Dewan Konvensyen Tun Samy Vellu di sini pada Selasa.

Saarani (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak yang hadir pada Majlis Sambutan Deepavali Tahun 2022 Kerajaan Negeri Perak di Dewan Konvensyen Tun Samy Vellu pada Selasa.
Saarani (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak yang hadir pada Majlis Sambutan Deepavali Tahun 2022 Kerajaan Negeri Perak di Dewan Konvensyen Tun Samy Vellu pada Selasa.

Beliau berkata, antara kerusi DUN tambahan disasarkan termasuklah kerusi Kamunting, Titi Serong, Behrang, Sungai Rapat, Pasir Panjang, Manjoi, Selama, Kubu Gajah, Hulu Kinta dan beberapa lagi.

Sementara itu, Saarani berkata, bagi kerusi Parlimen pula, pada PRU14 BN menang di 12 kerusi sebelum tiga ahli Parlimen mereka keluar parti.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun katanya, bagi PRU15, BN menyasarkan tambahan tiga lagi kerusi Parlimen untuk dimenangi iaitu Lumut, Tambun dan Tanjung Malim.

Dalam pada itu, Saarani yakin rakyat akan memilih parti yang kuat dan boleh membentuk kerajaan yang stabil.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!