Jepun intai gelaran sulung Piala Sultan Azlan Shah

No Image Caption
A
A
A

JEPUN melaungkan amaran awal mahu melakarkan kejutan merangkul kejuaraan sulung Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2022 di Ipoh yang akan berlangsung pada 1 hingga 10 November ini.

Jurulatih pasukan ranking ke-17 dunia itu, Akira Takahashi, berharap strategi untuk tiba awal di Ipoh dengan mendahului Korea Selatan, Afrika Selatan, Mesir dan Pakistan, akan membuahkan hasil dalam usaha merasai kegemilangan pada kejohanan berprestij itu.

“Kami datang awal kerana cuaca sangat sejuk di negara kami dan mahu menyesuaikan diri dengan cuaca panas dan lembap di Malaysia.

“Sasaran adalah untuk memenangi kejohanan ini dan datang awal untuk mahu membuat persediaan yang cukup baik bagi menghadapi kejohanan ini,” katanya, dalam kenyataan, yang dikeluarkan oleh Persatuan Hoki Perak, pada Selasa.

Selain Malaysia dan Jepun, edisi kali ini turut disertai Korea Selatan, Afrika Selatan, Mesir, Pakistan.

Jepun menduduki tempat keenam pada penampilan sulung pada 1987, diikuti tempat ketujuh (2016), keenam (2017 dan tempat kelima pada 2019, akan membuka kempen dengan menentang Mesir pada 1 November ini.

Kejohanan tahunan sejak 1983 itu ditangguhkan pada 2020 dan 2021 kerana pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!