Pearly-Thinaah singkir cabaran Apriyani-Siti Fadia di Paris

Pearly -Thinaah - Foto BAM
Pearly -Thinaah - Foto BAM
A
A
A

BEREGU wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah mengejutkan juara bertahan Terbuka Malaysia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti pada pusingan pertama Terbuka Perancis pada Selasa.

Pearly-Thinaah yang tampil dengan status bukan pilihan mengatasi pasangan pilihan ketujuh dari Indonesia itu, 22-20, 19-21, 21-7 dalam pertarungan tiga set selama 74 minit di Stade Pierre de Coubertin, Paris.

Pasangan nombor 11 dunia itu akan menentang satu lagi gandingan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amalia Cahaya Pratiwi, yang menewaskan Stine Kuespert-Emma Moszczynski dari Jerman, 18-21, 21-9, 21-13.

Pasangan beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing turut mara ke pusingan kedua selepas menyingkirkan pemain China, Guo Xin Wa-Zhang Shu Xian, 8-21, 22-20, 24-22.

Tampil dengan status pilihan lapan, Kian Meng-Pei Jing akan menentang Yuki Kaneko-Misaki Matsutomo dari Jepun untuk satu slot ke suku akhir, yang sebelum itu menewaskan satu lagi pasangan negara, Chan Peng Soon-Cheah Yee See, 21-18, 21-17.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!