PKR umum calon berprofil tinggi hadapi PRU15 petang ini
SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan membuat pengumuman calon berprofil tinggi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Menerusi satu jemputan kepada media, pengumuman tersebut juga melibatkan beberapa tokoh pelbagai latar belakang yang akan menyertai parti itu.
Pengumuman akan dibuat oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden, Rafizi Ramli di ibu pejabat PKR Petaling Jaya pada petang Rabu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!