PH Melaka belum putus calon tempatan, luar

Adly ketika ditemui pemberita selepas Jelajah Mega Harapan Negeri Melaka dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya PH Melaka di Sungai Petai Permai, di Alor Gajah, pada malam Selasa.
Adly ketika ditemui pemberita selepas Jelajah Mega Harapan Negeri Melaka dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya PH Melaka di Sungai Petai Permai, di Alor Gajah, pada malam Selasa.
A
A
A

ALOR GAJAH - Pakatan Harapan (PH) Melaka belum muktamadkan calon-calon bagi kerusi Parlimen negeri ini sama ada individu itu merupakan calon tempatan mahupun calon luar untuk memancing hati pengundi.

Pengerusinya, Adly Zahari berkata, keputusan itu masih dalam pertimbangan pihaknya demi memastikan calon dipilih adalah yang terbaik dan dapat berbakti serta mempunyai hubungan baik dengan rakyat.

Menurutnya, tindakan itu tidak menyalahi dalam gabungan PH sekali gus membawa kombinasi calon muka lama dan baharu yang akan memberi kekuatan kepada parti.

Katanya, setakat ini semua parti dalam komponen itu sedang melengkapkan calon parti masing-masing sebelum diumumkan dalam masa terdekat.

'Ini adalah parti yang bersifat nasional jadi tidak ada garis kawasan negeri yang menghalang kita dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat.

"Jadi kita cari calon yang berpotensi, yang boleh memberikan perkhidmatan," katanya ketika ditemui pemberita selepas Jelajah Mega Harapan Negeri Melaka dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya PH Melaka di Sungai Petai Permai, di sini, pada malam Selasa.

Adly yang juga Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Melaka, berkata, menerusi strategi awal parti itu akan memutuskan senarai nama calon selewat-lewatnya pada Selasa depan sebelum diumumkan secara rasmi.

"Secara asasnya kita semua hampir dimuktamadkan, jadi apabila semua parti sudah sepakat ia akan diumumkan dan Amanah yang terakhir umum," katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!