Kereta ADUN Rawang dibaling batu bata
RAWANG - Kereta milik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat dibaling batu bata oleh seorang penunggang motosikal di Kampung Datuk Lee Kim Siat, di sini pada Rabu.
Wei Kiat menerusi satu kemaskini di Facebook memaklumkan kejadian tersebut berlaku semasa beliau membuat lawatan ke program Jualan Ehsan Selangor di lokasi tersebut.
Beliau mendakwa perbuatan tersebut mempunyai unsur politik dengan motif untuk mengganggunya menjalankan tugas sebagai ADUN kawasan berkenaan.
Perkara seperti perbuatan gangsterisme atau vandalisme sepatutnya sudah tidak diamalkan di Malaysia.
"Saya tidak akan biarkan perkara ini berlalu begitu sahaja dan akan membuat laporan polis hari ini agar siasatan segera dapat dijalankan.
"Kita bawa budaya politik nilai dan bukannya budaya vandalisme," katanya pada Rabu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!