MetMalaysia keluar amaran ribut petir di 12 negeri

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang pada petang Rabu. - Gambar hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang pada petang Rabu. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang yang dijangka berlaku dan berlarutan hingga 4 petang Rabu di 12 negeri.

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 12.50 tengah hari Rabu memaklumkan negeri yang terlibat ialah Kedah meliputi Langkawi, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Turut terlibat Pulau Pinang; Perak di Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak dan Batang Padang, manakala di Terengganu meliputi Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

Di Pahang pula membabitkan Tanah Tinggi Cameron; Selangor di Gombak dan Hulu Langat; Kuala Lumpur; Negeri Sembilan; Melaka; Johor di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang); Sarawak di Limbang, manakala Sabah di Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan). - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!