Ganja bernilai RM1.43 juta dirampas
GEORGETOWN - Polis merampas 573 kilogram (kg) ganja mampat bernilai RM1.43 juta di Tanjung Bungah di sini pada Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, polis menahan dua lelaki tempatan selain merampas sebuah bot dalam dua serbuan berasingan.
Menurutnya, bekalan dadah tersebut dipercayai diperoleh dari negara jiran untuk pasaran di sekitar negeri ini.
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!