Helikopter dinaiki enam kru terhempas di Brinchang
SHAH ALAM - Sebuah helikopter dinaiki enam kru termasuk seorang juruterbang dilaporkan terhempas di Brinchang, Cameron Highlands.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1.15 petang tadi melibatkan helikopter milik syarikat swasta yang membawa lima pegawai perubatan termasuk seorang doktor.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu.
Bagaimanapun, ia masih di peringkat laporan awal.
"Kita masih belum menerima maklumat lengkap dan terperinci termasuklah jumlah kru (mangsa) terlibat, kecederaan dan koordinat lokasi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.
Difahamkan, helikopter itu dipercayai dalam perjalanan pulang ke Ipoh, Perak dari Lojing, Cameron Highlands.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!