Abdul Hadi tak pernah kata Anwar ahli Freemason
SHAH ALAM - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah mengatakan bahawa Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ahli Freemason.
Pejabat Presiden Pas membuat penafian tersebut dalam satu kenyataan pada Rabu.
"Pihak kami dengan ini terpanggil untuk menafikan dakwaan tersebut, malah untuk rekod Presiden Pas tidak pernah mengungkapkan tuduhan yang dikatakan itu.
"Adalah ditegaskan menjelang PRU15 ini, Pas tetap menolak budaya politik fitnah, janji kosong dan tuduhan palsu yang tidak berasas sama sekali.
"Benarlah pepatah arab yang berbunyi, dia yang memukul saya, dia pula yang menangis. Dia yang menzalimi saya, dia pula yang mengadu dizalimi," kata kenyataan tersebut.
Laporan berita dan petikan video ucapan dakwaan Anwar itu telah dimuat naik oleh sebuah portal berita baru-baru ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!