PTPTN peruntukan RM80,000 bantu 800 pelajar Terengganu

Penerima sumbangan Simpan SSPN Prime Kawasan Kuala Nerus bergambar bersama Dr Apli.
Penerima sumbangan Simpan SSPN Prime Kawasan Kuala Nerus bergambar bersama Dr Apli.
A
A
A

SHAH ALAM - Perbadanan Tabung PendidikanTinggi Nasional (PTPTN) sebagai agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), telah melaksanakan pelbagai program outreach bagi mendekati masyarakat.

Selain itu, sebagai agensi yang sentiasa cakna dan prihatin untuk membantu masyarakat terutamanya golongan asnaf.

Dalam satu kenyataan hari ini, PTPTN menjelaskan salah satu daripada program yang dilaksanakan oleh agensi berkenaan ialah Program Kembara Keluarga Simpan SSPN Tahun 2022.

Dr. Apli menyampaikan replika kad Simpan SSPN Prime kepada murid Kemas sebagai penerima Program Kembara Keluarga Simpan SSPN Kawasan Kuala Nerus.
Dr. Apli menyampaikan replika kad Simpan SSPN Prime kepada murid Kemas sebagai penerima Program Kembara Keluarga Simpan SSPN Kawasan Kuala Nerus.

Ia merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bertujuan untuk membantu pelajar asnaf dari aspek pendidikan serta galakan awal memulakan penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak.

Artikel Berkaitan:

Menurut kenyataan itu, Program Kembara Keluarga Simpan SSPN Tahun 2022 telah dilancarkan sempena Program KPT Prihatin Keluarga Malaysia oleh Menteri KPT, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 8 September 2022 lalu.

"Program ini melibatkan sumbangan zakat PTPTN kepada 17,800 pelajar asnaf di 178 kawasan terpilih.

"Program yang diadakan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan pemimpin setempat ini melibatkan sumbangan dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.78 juta," jelas kenyataan itu.

Dr Noraini bergambar bersama penerima Program Kembara Keluarga Simpan SSPN Peringkat Negeri Sabah.
Dr Noraini bergambar bersama penerima Program Kembara Keluarga Simpan SSPN Peringkat Negeri Sabah.

Program Kembara Keluarga Simpan SSPN Tahun 2022 Peringkat Negeri Terengganu adalah melibatkan lapan kawasan dengan jumlah sumbangan sebanyak RM80,000 dan setiap kawasan diperuntukkan sebanyak RM10,000.

Seramai 800 pelajar asnaf menerima sumbangan akaun Simpan SSPN Prime bernilai RM100 seorang.

Pada 20 Oktober dan 26 Oktober lalu, Pengerusi PTPTN, Dr. Apli Yusoff, telah menyempurnakan Program Kembara Keluarga Simpan SSPN yang melibatkan seramai 100 pelajar asnaf dari kawasan Kuala Nerus.

“Program murni seumpama ini akan dapat memberi manfaat kepada Keluarga Malaysia dalam perancangan kewangan bagi tujuan pendidikan tinggi. Inilah bukti usaha-usaha PTPTN yang sentiasa komited dan prihatin dalam membantu dan menyokong masyarakat memartabatkan pendidikan.

“Diharapkan Program Kembara Keluarga Simpan SSPN Tahun 2022 ini memberi sinar kepada anak-anak untuk terus mencipta kejayaan hebat dalam akademik dan sahsiah, sekali gus menjadi kebanggaan ibu dan ayah.” jelas Dr. Apli.

Dr. Noraini menyampaikan replika kad Simpan SSPN Prime kepada murid Kemas sebagai penerima Program Kembara Keluarga Simpan SSPN Peringkat Negeri Pulau Pinang.
Dr. Noraini menyampaikan replika kad Simpan SSPN Prime kepada murid Kemas sebagai penerima Program Kembara Keluarga Simpan SSPN Peringkat Negeri Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Program Kembara Keluarga Simpan SSPN Tahun 2022 ini juga telah dilaksanakan empat kawasan iaitu Peringkat Negeri Sabah, Melaka, Johor dan Pulau Pinang seterusnya program ini akan diteruskan lagi ke negeri-negeri lain untuk mendekati masyarakat dan menggalakkan penabungan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!