[VIDEO] KPS Berhad terus barakan pelapis muda Merah Kuning

Suzila (kiri) bersama Emran (dua dari kanan) pada sidang sidang media kejohanan Piala Mokhtar Dahari B-18 di Bangunan Kumpulan Karangkraf pada Rabu.
Turut hadir Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah (dua dari kanan) dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Induk Kejohanan Hashim Anang (kanan).
Suzila (kiri) bersama Emran (dua dari kanan) pada sidang sidang media kejohanan Piala Mokhtar Dahari B-18 di Bangunan Kumpulan Karangkraf pada Rabu. Turut hadir Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah (dua dari kanan) dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Induk Kejohanan Hashim Anang (kanan).
A
A
A

KUMPULANPerangsang Selangor Berhad (KPS Berhad) terus komited dalam membangunkan bakat muda bola sepak di Selangor apabila sekali lagi menjadi penaja utama kejohanan Piala Datuk Mokhtar Dahari Bawah-18 (B-18).

Pada kejohanan yang sudah memasuki edisi ketujuh, KPS Berhad bersetuju untuk menaja RM125,000 dengan nilai tajaan keseluruhan berjumlah RM995,000 sejak mula dipertandingkan pada tahun 2014.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif KPS Berhad, Suzila Khairuddin berkata, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada pihaknya untuk menganjurkan kejohanan tersebut.

“Pada pendapat kami, kejohanan dan program seperti ini secara tidak langsung menyumbang kepada matlamat 'Sustainable Development Goals' (SDG ) atau Matlamat Pembangunan Mampan, khususnya di bawah SDG 4 yang mensasarkan jumlah belia mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknikal yang relevan untuk menggalakkan pembangunan serta gaya hidup yang mampan.

“Kejohanan bola sepak seperti ini merupakan satu platform yang baik untuk mencungkil bakat-bakat baharu dan berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.



“Kejohanan seperti ini mampu membangunkan pencapaian sukan negeri Selangor dan sekali gus mencapai aspirasi Majlis Sukan Negara dalam pembangunan sukan yang berprestasi tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar kejohanan Piala Mokhtar Dahari B-18 di Bangunan Kumpulan Karangkraf pada Rabu.

Dalam pada itu, Suzila berkata, menerusi kejohanan ini, beberapa pemain bertaraf antarabangsa berjaya dilahirkan antaranya, Nazrin Nasir yang mewakili pasukan B-19 negara di kejuaraan Piala Konfederasi Bolasepak ASEAN (AFF) baru-baru ini.

“Ya, sudah tentu! Ini membuktikan bahawa Kejohanan Piala Datuk Mokhtar Dahari ini mampu melahirkan lebih ramai pemain-pemain pelapis negara dan atlet bertaraf antarabangsa.

“Pencapaian Kejohanan Piala Datuk Mokhtar Dahari ini juga adalah selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang ingin melihat Selangor terus konsisten dalam melahirkan pemain muda yang berbakat dari peringkat akar umbi,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:


Pada masa yang sama, Suzila turut memaklumkan pihaknya akan terus menjadi penaja utama kejohanan tersebut pada masa akan datang.

“Kami mengambil serius peranan kami sebagai warga korporat yang bertanggungjawab dan berbangga kerana telah mempamerkan komitmen sosial melalui kejohanan serta program seperti ini.

“KPS Berhad akan terus komited dalam menyokong program dan inisiatif pembangunan sosial yang inklusif dan berprestasi tinggi seperti ini, yang juga selaras dengan SDG.

“Pada pandangan KPS Berhad, sukan bola sepak dan juga sukan-sukan lain, memainkan peranan yang penting, bukan sahaja untuk memajukan diri seseorang, malah ia mampu membawa kesan berganda dalam membentuk dan menyepadukan komuniti di dalam negeri dan negara,” tambahnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kejohanan, Datuk Emran Kadir berkata, kejuaraan B-18 itu akan disertai oleh 32 pasukan terbaik dalam kalangan sekolah seluruh Selangor.

Jelasnya, pemilihan sekolah adalah berdasarkan kejayaan pasukan masing-masing di peringkat Majlis Sukan Sekolah Sekolah Daerah (MSSD).

“Idea menganjurkan kejohanan ini dilaksanakan atas titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu melihat Selangor melahirkan bakat-bakat baharu dan pelapis bola sepak pada masa depan.

“Kita juga amat beruntung kerana KPS Berhad yang terus menyokong sebagai penaja kejohanan dan juga Sinar Harian yang menjadi akhbar rasmi kejohanan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!