Pemuda UMNO desak Dr Mahathir, Tommy disiasat

Hasmuni (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap Dr Mahathir dan Tommy.
Hasmuni (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap Dr Mahathir dan Tommy.
A
A
A

SHAH ALAM - Pemuda UMNO mendesak supaya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Tommy Thomas disiasat berhubung dakwaan yang terkandung dalam laporan pasukan petugas khas terhadap buku yang ditulis bekas Peguam Negara itu.

Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Hasmuni Hassan berkata, satu laporan polis telah dibuat terhadap kedua-dua individu terbabit kerana dipercayai telah melanggar peruntukan undang-undang dan menyalah guna kuasa ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

“Berdasarkan laporan tersebut, adalah jelas dan nyata bahawa Dr Mahathir dan Tommy telah dengan sedar dan niat melakukan satu pakatan jahat untuk memperdaya serta menipu Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja Raja, perbuatan ini boleh terjumlah kepada kesalahan menderhaka kepada raja dan negara.

“Saya mohon satu siasatan yang menyeluruh ke atas Dr Mahathir dan Tommy berdasarkan bukti-bukti dan keterangan yang telah didedahkan dalam Laporan Siasatan Petugas Khas. Mereka perlu ditangkap, didakwa dan dibawa kemuka pengadilan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu beliau menjelaskan, terdapat penyataan di muka surat 34 laporan berkenaan yang membuktikan wujudnya pakatan tersebut.

Jelasnya, berdasarkan laporan petugas khas buku ‘Justice in the Wildernes’, di bahagian ‘Evaluation of Allegation’ muka surat 34, laporan itu menyatakan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman pada 24 Mei 2018 telah memilih dan mencalonkan Tan Sri Azahar Mohamed sebagai Ketua Hakim Negara; Tan Sri Rohana Yusof sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dan Datuk Abdul Rahman Sebli sebagai Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.

Pada 13 Jun 2018, Ketua Hakim Negara ketika itu Tun Mohamed Raus Sharif telah menyerahkan senarai nama pilihan kepada Dr Mahathir bagi dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk dibawa kepada Majlis Raja Raja untuk mendapat perkenan pelantikan tersebut.

“Tetapi menurut laporan di muka surat 29, senarai nama yang Perdana Menteri persembahkan bukanlah nama yang telah dipilih oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

Artikel Berkaitan:

“Nama-nama ini telah dipilih secara sulit antara Dr Mahathir dan peguam negara ketika itu iaitu Tommy,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!