PKR beri bayangan letak Amirudin di Parlimen Gombak

Anwar (tiga dari kiri) pada Jelajah Mega Harapan dan Pelancaran Jentera PRU15 Harapan Selangor di Padang Dewan Kampung Assam Jawa di sini pada Ahad.
Anwar (tiga dari kiri) pada Jelajah Mega Harapan dan Pelancaran Jentera PRU15 Harapan Selangor di Padang Dewan Kampung Assam Jawa di sini pada Ahad.
A
A
A

KUALA SELANGOR - PKR membayangkan meletakkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari untuk bertanding di Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PKR sedia menghantar 'panglima Selangor' untuk berdepan di kerusi Parlimen Gombak.

"Ini bukan pengumuman rasmi kerana pengumuman (calon PKR) akan dibuat pada 28 Oktober ini, (tetapi) saya sudah bocor soalan," katanya semasa berucap pada Jelajah Mega Harapan dan Pelancaran Jentera PRU15 Harapan Selangor di Padang Dewan Kampung Assam Jawa di sini pada Ahad.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, perkara itu sudah beliau bincangkan dengan Amirudin yang bersedia untuk berdepan dengan penyandang kerusi itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"Amir memberitahu ini cicak mengkarung dan beliau (Amiruddin) mampu (menang) Insya-ALLAH," ujarnya.

Beliau memberitahu, rakyat seharusnya menolak pemimpin khianat dan perasuah pada PRU15 lalu.

"Ingat khutbah Jumaat baru-baru ini, apa dua masalah paling besar?. Masalah yang perlu kita tangani ialah pengkhianat dan perasuah," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!