Tender Hospital Seri Iskandar dibuka Disember ini
Dzulkefly (tengah) meletakkan tangannya di bola gelas sebagai simbolik merasmikan Sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2019 Peringkat Negeri Perak dan Majlis Persmian Computed Tomography Scan Suite Hospital Seri Manjung, di sini, hari ini.
A
A
A
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya juga dimaklumkan Surat Setuju Terima (SST) bagi projek pembinaan hospital dengan 76 katil tersebut juga dijangka diadakan pada 25 April tahun hadapan.
"Hospital Seri Iskandar akan ada 76 katil dan SST dijangka diserahkan pada April 2020 cuma kos pembinaan saya tidak boleh beritahu lagi," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2019 Peringkat Negeri Perak dan Majlis Persmian Computed Tomography Scan Suite Hospital Seri Manjung, di sini, hari ini.
Menurut Dzulkefly terdapat lima projek pembinaan dan naik taraf melibatkan pembinaan dua buah hospital baharu dan sebuah bangunan baharu serta dua lagi naik taraf hospital sedia ada di negeri ini.
"Lima projek tersebut adalah pembinaan Hospital Parit Buntar dan Hospital Seri Iskandar serta pembinaan blok Wanita, Kanak-Kanak, dan Pusat Kardiologi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
"Manakala dua lagi melibatkan projek naik taraf Blok A dan B Hospital Taiping serta naik taraf Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Kangsar," katanya.
Mengulas mengenai projek pembinaan blok Wanita, Kanak-kanak dan Pusat Kardiologi HRPB Ipoh, Dzulkefly berkata projek berkenaan dijangka siap selewat-lewatnya akhir tahun ini.
Katanya, blok berkenaan yang sepatutnya mula beroperasi sepenuhnya bulan lepas terpaksa ditangguhkan berikutan Kementerian Kerja Raya perlu melakukan beberapa perkara termasuk mengambil kira faktor keselamatan.
“Kementerian Kerja Raya perlu melaksanakan 'testing comissioning' untuk mengesan masalah yang berlaku untuk diperbetulkan.
“Jadi kita tangguh atas dasar beberapa perkara yang mereka perlu lakukan untuk memastikan bangunan yang telah siap bukan hanya siap, daripada segi keselamatan semua perlu diambil kira,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!