76 mangsa banjir pindah ke tiga PPS

Antara mangsa banjir di Kampung Gadek Dalam yang dipindahkan ke PPS pada Khamis.
Antara mangsa banjir di Kampung Gadek Dalam yang dipindahkan ke PPS pada Khamis.
A
A
A

ALOR GAJAH - Seramai 76 mangsa banjir di daerah Alor Gajah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 4 petang Khamis.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Kamarulsyah Muslim berkata, mangsa yang melibatkan 28 keluarga itu dipindahkan dengan bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurutnya, tiga PPS itu adalah Balai Raya Kampung Tanjong Rimau Luar, Balai Raya Kampung Gadek dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pengkalan.

"Mangsa banjir yang paling ramai dipindahkan di Balai Raya Kampung Gadek dengan jumlah 40 orang daripada 19 keluarga.

"Balai Raya Kampung Tanjong Rimau Luar pula melibatkan 36 mangsa daripada sembilan keluarga," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Banjir yang melanda beberapa kawasan di daerah Alor Gajah.
Banjir yang melanda beberapa kawasan di daerah Alor Gajah.

Tambah beliau, jumlah mangsa di PPS Seri Pengkalan belum diperoleh lagi memandangkan proses pemindahan ke lokasi itu sedang dilakukan.

"Antara kawasan terjejas termasuk Kampung Gadek, Kampung Tanjong Rimau, Kampung Nelayan Kuala Linggi, Kampung Sungai Siput dan Pengkalan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Jabatan Pengairan dan Saliran melalui portal rasmi https://publicinfobanjir.water.gov.my memaklumkan, paras air Sungai Melaka di Melaka Pindah, Alor Gajah menunjukkan peningkatan dan melepasi paras amaran dengan catatan 11.68 meter berbanding tahap 11.48 meter yang ditetapkan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!