'Kandang' Harimau Malaya diketahui Sabtu

Noor Azman (tengah) ditemubual wakil media di Petaling Jaya pada Khamis. - Foto FB FAM
Noor Azman (tengah) ditemubual wakil media di Petaling Jaya pada Khamis. - Foto FB FAM
A
A
A

TEKA-teki venue yang bakal menjadi 'kandang' skuad Harimau Malaya dalam saingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 akan terjawab Sabtu ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman berkata, berlaku sedikit kelewatan bagi mengesahkan stadium yang bakal dipilih untuk aksi Piala AFF menentang Laos dan Singapura.

”Sepatutnya lokasi diumum pada Selasa, namun kerana ada beberapa perkara lain yang perlu diambil kira, jadi terdapat kelewatan dalam pengumuman itu.

”Kami minta sehingga hari Sabtu baru boleh pengumuman rasmi dilakukan,” katanya di Wisma FAM, Petaling Jaya pada Khamis.

Sebelum ini, terdapat empat stadium yang disebut-sebut bagi menggantikan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) untuk saingan Piala AFF 2022.

Venue yang disenarai pendek itu ialah Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Stadium (Terengganu), Stadium Hang Jebat (Melaka) dan Stadium Sultan Ibrahim (Johor).

Menurut Noor Azman, pihaknya perlu membuat pertimbangan sebaik mungkin bagi memastikan venue yang dipilih menepati pelbagai kriteria seperti permukaan padang, kapasiti penonton, keselamatan dan kemudahan untuk peminat ke stadium.

“Tiada kebimbangan mengenai venue alternatif. Kita akan mengambil kira pelbagai faktor termasuk musim hujan ketika ini,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!