Pearly-Thinaah mara suku akhir Terbuka Perancis
BEREGU wanita negara, Pearly Tan dan M Thinaah meneruskan rentak positif apabila mara ke suku akhir Terbuka Perancis pada Khamis.
Pasangan nombor 11 dunia itu mengesahkan kemaraan selepas menewaskan gandingan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amalia Cahaya Pratiwi.
Di Stade Pierre de Coubertin, Paris, Pearly-Thinaah bermula garang apabila menewaskan lawan mereka 21-16 pada set pertama.
Kemenangan itu menyuntik semangat gandingan sensasi tersebut untuk tidak memberi ruang kepada beregu nombor 28 dunia tersebut apabila mencetak kemenangan 21-14 dalam masa 45 minit.
Di suku akhir, Pearly-Thinaah bakal berdepan beregu nombor tiga dunia dari Jepun Nami Matsuyama-Chiharu Shida.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!