Burung kedidi cipta rekod terbang lebih 13,000km tanpa henti
BRISBANE - Seekor burung melakar rekod dunia apabila ia terbang sejauh 13,560 kilometer (km) tanpa henti dari Alaska ke Australia dalam masa 11 hari baru-baru ini.
Burung kedidi berusia lima bulan itu terbang meninggalkan Alaska pada 13 Oktober dan mendarat di Teluk Ansons di timur laut Tasmania, Australia pada 24 Oktober lalu.
Para saintis berkata, burung itu yang dikenali sebagai 234684 terbang sekurang-kurangnya 13,560km dalam tempoh 11 hari dan satu jam tanpa henti.
Ia adalah salah seekor daripada kebanyakan burung yang terdapat tag satelit sebagai cara untuk menjejaki pergerakannya.
Burung kedidi dengan nombor 234684 itu telah berlepas dari Alaska pada 13 Oktober dan pastinya kelihatan telah terbang tanpa henti ke Tasmania, umum Pusat Pukorokoro Miranda Shorebird pada di Facebooknya.
Laluan burung tersebut adalah pulau-pulau di Oceania termasuk Vanuatu dan New Caledonia tetapi ia menolak peluang untuk berhenti di sana sebaliknya terus ke Tasmania.
Dengan berbuat demikian, ia mengatasi rekod jarak jauh sebelumnya iaitu 13,050km yang dibuat oleh seekor burung kedidi jantan dewasa dikenali sebagai 4BBRW pada tahun 2021. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!