Tukang desak bubar pun belum umum calon...

BN akan umum calon PRU15 minggu depan. - Foto Bernama
BN akan umum calon PRU15 minggu depan. - Foto Bernama
A
A
A

BN begitu bersunguh-sungguh mahu supaya pembubaran Parlimen dilakukan segera sekali gus memberi laluan kepada pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 dan akhirnya hasrat mereka sudah pun tercapai.

Rentetan itu, semua parti-parti politik sibu dengan pelbagai aktiviti menjelang tarikh keramat pada 19 Nomeber nanti yang akan menentukan parti mana yang berjaya membentuk kerajaan baharu.

Merak Jalanan tidak berasa pelik dengan senario itu sebab memang sejak zaman dahulu lagi, begitulah kaedahnya apabila Parlimen atau pun senang cakap, kerajaan dibubarkan.

Tapi timbul kehairanan dalam kepala Merak Jalanan apabila blok parti si tukang desak bubar Parlimen itu sampai sekarang masih belum selesai isu calon mereka.

Sebaliknya, parti-parti pembangkang kini yang paling awal untuk mengumumkan calon parti masing-masing.

DAP umum calon di Pahang dengan mengetengahkan Rara untuk pancing undi Melayu. PKR pula umum tujuh calon dalam kalangan profesional dan golongan muda.

Dengar cerita BN akan umum minggu depan, jadi sama-sama kita tunggu nama-nama yang akan naik jadi calon.

Bagi Merak Jalanan, cepat atau lambat, hanyalah strategi parti masing-masing.

Artikel Berkaitan:

Bukan mudah hendak cari calon yang sesuai, kalau silap langkah ia akan beri kesan buruk.

Samalah seperti mencari isteri kalau dapat yang cantik tetapi tak pandai masak dan mengemas rumah kesian pada bakal suami.

Selalunya, sebelum kahwin semuanya indah, bila dah kahwin baru tahu sikap sebenar pasangan.

Tapi untuk jadi calon pilihan raya mestilah tidak muflis, baik budi pekerti, tidak sombong.

Cuma tapisan yang BN buat kali ini ialah calon tak boleh kahwin senyap-senyap di Thailand.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!