Ronaldo kembali meledak
PEMAIN sensasi, Cristiano Ronaldo kembali menggegar setelah berdepan kontroversi bagi membantu Manchester United mengalahkan Sheriff Tiraspol 3-0 dalam saingan Liga Europa pada Jumaat.
Ronaldo 'buat perangai' apabila enggan masuk sebagai pemain gantian ketika The Red Devils menundukkan Tottenham Hotspur 2-0 baru-baru ini.
Pemain Portugal itu menghasilkan gol ketika perlawanan berbaki sembilan minit.
Turut meledak Diogo Dalot dan Marcus Rashford untuk memastikan Red Devils mara ke pusingan seterusnya.
Pengurus United, Erik ten Hag tidak membawa Ronaldo bersama skuad United bagi aksi Sabtu lalu ketika seri dengan Chelsea dan dia hanya dibenarkan kembali ke latihan pasukan utama minggu ini.
"Melihat Ronaldo mendapatkan gol adalah sesuatu yang hebat.
"Dia menciptanya, pasukan mencipta buatnya dan kita tahu dia ada kemampuan untuk menyudahkannya.
"Dia perlukan gol dan kini saya yakin akan ada lebih banyak gol," ujar ten Hag.
Ronaldo, 37, bermula di depan dengan pemain sayap berusia 18 tahun dari Argentina, Alejandro Garnacho membuat penampilan pertama bersama skuad senior.
Pertahanan kanan, Dalot membuka jaringan sebelum rehat dengan Rashford menggandakan kelebihan berbaki 25 minit permainan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!