MB Johor: Mazlan nafi dirisik

Mazlan
Mazlan
A
A
A

PASIR GUDANG - Exco Kerja, Infrastruktur dan Pengangkutan, Mazlan Bujang menafikan telah dirisik mana-mana pihak untuk mengisi jawatan Menteri Besar Johor.

Sebaliknya menurut ADUN Puteri Wangsa itu, sesiapa pun yang dilantik mestilah dapat berfungsi sebaiknya sebagai ketua kerajaan negeri ini.

"Ada yang sudah merisik YB? Tak ada lagi. Menteri besar ini jawatan yang besar di negeri Johor.

"Pada saya, siapa juga yang dilantik paling penting ialah beliau dapat berfungsi sebagai ketua kerajaan yang baik. Dapat menjaga kebajikan rakyat mengatasi apa jua kepentingan lain," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Nama Mazlan disebut-sebut sebagai pengganti Datuk Osman Sapian sejak November tahun lalu.

Akui tidak mengetahui langsung soal peletakan jawatan Osman, Mazlan berkata beliau hanya mengetahui perkhabaran itu melalui laporan media.

"Tak ada langsung 'hint' menteri besar beri. Secara jujurnya saya tak tahu langsung tentang peletakan jawatan ini.

"Tapi buat sementara waktu ini barisan exco tiada masalah untuk kita teruskan kerja pentadbiran sebab masing-masing dah tahu tugas," katanya

Artikel Berkaitan:

Menyentuh soal kemelut antara Kerajaan Pusat dengan istana, Mazlan berharap semua pihak menghormati undang-undang sedia ada.

"Saya harap isu ini tidak berlanjutan jauh dan sapat diselesaikan berdasarkan undang-undang negara kita

"Saya juga berharap semua pihak menghormati undang-undang dan saya fikir perkara ini tidak akan berlarutan jika kita patuh undang-undang," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!