Pertahanan Arsenal cedera ditikam
PEMAIN pertahanan Arsenal yang dipinjamkan ke Monza, Pablo Mari dilaporkan ditikam ketika berada di sebuah pusat beli-belah di pinggir Milan awal pagi tadi.
Selain pemain berusia 29 tahun, difahamkan terdapat beberapa orang lagi yang cedera dalam kejadian di sebuah pasar raya di Carrefour.
"Pablo Mari mengalami luka yang agak dalam di belakangnya, yang mujur tidak menyentuh organ pentingnya seperti paru-paru atau lain-lain.
“Nyawanya tidak berada dalam bahaya dan dijangka pulih dengan cepat," kata Ketua Eksekutif Monza, Adriano Galliano kepada Sky Italy.
Dalam pada itu, Arsenal dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya sudah menghubungi ejen Mari dan dimaklumkan pemain itu kini sedang berada di hospital bagi menerima rawatan.
“Kami sudah menghubungi ejen Pablo yang memberitahu dia berada di hospital dan tidak mengalami kecederaan serius. Saya baru mengetahui perkara ini.
“Saya tahu Edu (Pengarah Teknikal) sudah berhubung dengan keluarganya. Dia berada di hospital, namun keadaannya stabil," kata pengurus Arsenal, Mikel Arteta.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!