Amanah sasar 50 kerusi Parlimen

Mohamad Sabu ketika ditemui pemberita selepas Jelajah PH Perlis di sini pada Khamis.
Mohamad Sabu ketika ditemui pemberita selepas Jelajah PH Perlis di sini pada Khamis.
A
A
A

KANGAR - Parti Amanah Negara (Amanah) meletakkan sasaran untuk bertanding 50 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, penambahan bilangan kerusi itu adalah agihan kerusi Parlimen yang ditandingi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atas tiket Pakatan Harapan (PH) pada PRU lepas.

“Dalam pakatan (PH) ada rundingan kerusi itu (kerusi yang ditandingi Bersatu pada PRU14) dan sedang berunding. Kita dapat banyak, sekitar 50 kerusi tapi keputusannya pada 30 haribulan ini.

“Agihan kerusi ini melibatkan Amanah, PKR dan DAP di Semenanjung. Satu lagi, yang ada kerjasama dengan kita (PH) iaitu Muda (Parti Ikatan Demokratik Malaysia),” ketika ditemui pemberita selepas Jelajah PH Perlis di sini pada Khamis.

Ditanya sama ada beliau berhasrat untuk mengintai peluang bertanding dalam Parlimen Perlis, Mohamad menafikannya namun menyifatkan pertukaran kerusi yang ditandingi oleh calon Amanah adalah perkara biasa.

“Calon boleh berubah (kerusi yang ditandingi) dari masa ke masa. Ini kerana dalam Amanah terlalu ramai orang yang berkelayakan.

“Jadi kita boleh bagi kerusi (Perlimen) kepada siapa-siapa sahaja yang dirasakan layak,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohamad menyifatkan program jelajah keempat di negeri Perlis menunjukkan momentum sokongan rakyat terhadap PH semakin meningkat dan yakin dalam tempoh tiga minggu ini akan bertambah lebih baik.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!