Rundingan kawalan senjata dengan China masih samar

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) mendakwa pihaknya tidak berjaya memujuk China untuk menyertai rundingan kawalan senjata, lapor Sputnik, memetik Ketua Setiausaha Negara bagi Kawalan Senjata dan Keselamatan Antarabangsa, Bonnie Jenkins.

"Kami ada berbincang dengan China...dalam pelbagai cara dan menyentuh pelbagai aspek... tetapi untuk mengatakan ia satu perbincangan yang diharapkan...untuk sampai ke meja rundingan ia kelihatan masih samar," kata Jenkins pada Persidangan Endowmen Carnegie, Khamis.

Jenkins berkata, pentadbiran Presiden Joe Biden masih terus berbincang dengan China untuk berusaha mengadakan perbincangan lebih lanjut dan serius mengenai pengurangan risiko.

Selain itu, kata Jenkins, AS turut berunding dengan sekutunya yang mempunyai hubungan dengan China supaya mereka boleh menggunakan saluran diplomatik bagi menggalakkan Beijing melibatkan diri dengan Washington. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!