Pakar bius mahu 'tidurkan' Najib

Calon PH, Dr S Streram pada sidang media di Kampung Sega di sini, hari ini. -Foto Adam Amir Hamzah
Calon PH, Dr S Streram pada sidang media di Kampung Sega di sini, hari ini. -Foto Adam Amir Hamzah
A
A
A

SEREMBAN - Calon PH, Dr S Streram yang juga seorang pakar bius secara sinis berkata mahu 'menidurkan' ahli-ahli BN khususnya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ia susulan kenyataan Najib yang seolah-olah mempersendakan pekerjaan Streram dengan mengatakan pakar bius hanya untuk menidurkan orang.

Menurut Streram, Najib mungkin tidak faham tugas pakar bius yang sebenar.

"Kita bukannya sengaja nak beri orang (pesakit) tidur. Tapi kalau pakar bius keluar, kita nak 'menidurkan' orang BN macam Najib," katanya pada sidang media di Kampung Sega di sini, hari ini.

Sebelum ini, Najib dalam ceramahnya di Bandar Ekar berkata, rakyat Rantau tidak memerlukan seorang pakar bius yang kerjanya hanya untuk membuatkan orang tidur.

Najib turut mengulangi kenyataannya itu dalam ceramah di Kampung Kanchong malam tadi.

Dalam pada itu, Streram menafikan dakwaan Najib bahawa PH membuat serangan pembunuhan karakter terhadap calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.

"Dalam isu RM10 juta, kita hanya persoalkan dari mana beliau dapat duit. Kita tidak tuduh tetapi beliau sendiri cakap duit itu untuk membeli aparment di London.

Artikel Berkaitan:

"Manakala, isu rumah di Seremban 2 kita tahu dari media sosial. Mohamad sepatutnya memberi penjelasan mengenainya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan malukan bossku: Najib

ARTIKEL BERKAITAN: Tok Mat enggan layan isu rumah RM6 juta

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!