Khutbah ingatkan kempen jangan sensasikan isu agama, kaum

Khatib bertugas, Anas Ariffin menyampaikan khutbah di Surau Diri Jumaat Raja Hairani, Taman Meru Perdana 2, Ipoh.
Khatib bertugas, Anas Ariffin menyampaikan khutbah di Surau Diri Jumaat Raja Hairani, Taman Meru Perdana 2, Ipoh.
A
A
A

IPOH - Calon dan penyokong parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diingatkan tidak mensensasikan isu agama dan kaum hanya untuk meraih laba politik.

Peringatan menerusi Khutbah Jumaat di Perak itu memaklumkan, perkara sedemikian perlu dihindar bagi mengelak rasa benci yang akhirnya menyalakan api permusuhan dalam kalangan rakyat berbilang agama dan kaum di negara ini.

Pengisian khutbah yang disediakan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) itu turut menegaskan agar tidak sesekali menggunakan masjid, surau dan institusi agama Islam sebagai tempat berkempen.

"Dalam tempoh kempen ini juga, mimbar berpesan kepada calon, penyokong dan petugas parti untuk tidak melakukan dosa menyebar fitnah, memaki hamun, mencerca dan mengaibkan lawan semasa berkempen.

"Tidak memperdayakan rakyat dengan menjanjikan bulan dan matahari yang tidak dapat dikotakan dan akhirnya rakyat berasa tertipu.

"Juga tidak melakukan perbuatan-perbuatan khianat, merosakkan harta benda awam, melakukan kacau bilau atau mencetuskan sengketa mengganggu dan mengugut pihak lawan," jelas khutbah itu.

Inti pati khutbah turut menyentuh isu rasuah dan amalam sogokan yang perlu dielakkan.

Dibimbangi calon yang menggunakan pengaruh rasuah atau memberi rasuah untuk mendapatkan sokongan akan mengamalkan perangai menerima rasuah apabila diserahkan amanah dan kuasa.

Artikel Berkaitan:

"Patuhilah peraturan-peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa dan petugas antaranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), polis, Jabatan Agama Islam, pegawai daerah, pihak berkuasa tempatan, pegawai masjid dan surau," katanya.

Khatib bertugas, Anas Ariffin menyampaikan khutbah di Surau Diri Jumaat Raja Hairani, Taman Meru Perdana 2, Ipoh.
Khatib bertugas, Anas Ariffin menyampaikan khutbah di Surau Diri Jumaat Raja Hairani, Taman Meru Perdana 2, Ipoh.

Khutbah Jumaat bertajuk Pilihan raya: Tanggungjawab Ummah kepada negara itu juga mengajak semua rakyat untuk memenuhi tanggungjawab sebagai pengundi yang merupakan fardu kifayah dan sangat dituntut.

Jelas khutbah itu, anak muda yang pertama kali mempunyai kuasa mengundi pula, sewajarnya diberikan panduan, bimbingan dan kesedaran agar dapat menyempurnakan tanggungjawab mengundi dengan baik.

"Majikan turut mempunyai tanggungjawab kenegaraan memberikan masa yang cukup, membolehkan pekerja mereka berpeluang untuk keluar mengundi.

"Keengganan untuk memenuhi tanggungjawab mengundi bererti melakukan satu pembaziran kerana tidak menghargai kos yang dibelanjakan oleh kerajaan untuk mengadakan pilihan raya yang memberikan rakyat kuasa memilih kerajaan yang baharu," katanya.

Lebih 21 juta rakyat layak dan berdaftar sebagai pengundi dalam PRU15 ini.

Daripada jumlah itu, lebih 10.7 pengundi berusia bawah 39 tahun sementara pengundi berada dalam usia 18 hingga 20 tahun seramai 1.5 juta iaitu 7 peratus daripada keseluruhan pengundi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!