'Saya belum pasti kekal bersama Terengganu'

Nafuzi
Nafuzi
A
A
A

“Saya stay (kekal) atau tidak itu adalah demi kebaikan semua pihak dan bukan untuk diri saya sahaja,”

Itu antara luahan yang disuarakan ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain ketika ditanya berkenaan masa depannya sama ada akan kekal mengendalikan pasukan itu pada musim depan.

Menurut Nafuzi, meskipun dirinya sudah mendengar akan ada tawaran yang diberikan pihak pengurusan TFC bagi mengendalikan pasukan itu pada musim depan, namun beliau mengakui masih belum membuat keputusan sama ada kekal atau tidak pada musim depan.

“Saya tak tahu (kerana) saya belum dapat butiran di depan mata untuk menilai. Saya tahu akan ada offer (tawaran), tapi kesuntukan masa jadi offer (tawaran) itu tak dapat lagi.

“Apa pun saya tidak memikirkan diri saya, yang penting pasukan, pemain-pemain saya dan fans (peminat) yang sangat luar biasa menyokong saya. Saya hargai,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan menentang Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Khamis.

Pada perlawanan tersebut, TFC terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit pertama menerusi Kpah Sherman sebelum Nik Shariff Haseefy menggandakan kedudukan dua minit kemudian.

Ketinggalan dua gol dalam tempoh kurang lima minit, Sri Pahang FC cuba bangkit dan berjaya merapatkan jurang gol hasil jaringan penyerang berbisanya, Steven Rodriguez yang menyudahkan hantaran Nor Azam Azih pada minit ke-42.

Begitupun Sherman mencipta hatrik hasil jaringan pada minit ke-51 dan 90 meletakkan TFC selesa di depan dengan keputusan 5-1 sehingga tamat perlawanan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!