Sekurang-kurangnya 13 terkorban banjir kilat di Filipina

Operasi menyelamat dijalankan di bandar yang dilanda banjir di Parang, Maguindanao, Filipinapada Jumaat. - Foto EPA/ Philippine Coast Guard
Operasi menyelamat dijalankan di bandar yang dilanda banjir di Parang, Maguindanao, Filipinapada Jumaat. - Foto EPA/ Philippine Coast Guard
A
A
A

MANILA - Sekurang-kurangnya 13 orang terkorban pada Jumaat dan ramai lagi hilang selepas hujan lebat semalaman membanjiri beberapa bandar di wilayah Maguindanao di selatan Filipina, lapor Xinhua, memetik seorang pegawai tempatan.

Memetik laporan awal, ketua pejabat pengurangan risiko dan pengurusan bencana wilayah Maguindanao Nasrullah Imam berkata, 13 mati akibat lemas atau tanah runtuh dan pejabat berkenaan masih menilai keadaan.

Maguindanao ialah wilayah yang terletak di Wilayah Autonomi Bangsamoro Islam Mindanao.

Media tempatan melaporkan hujan lebat itu ada kaitan dengan ribut tropika Nalgae yang dijangka melanda Ahad ini di pulau utama Luzon.

Menurut Pentadbiran Perkhidmatan Atmosfera, Geofizik dan Astronomi Filipina, Nalgae dijangka menjadi ribut tropika yang teruk pada Jumaat dan bertukar kepada taufan menjelang Sabtu.

Filipina adalah antara negara paling terdedah kepada bencana berrikutan lokasinya di Lingkaran Api Pasifik dan lingkaran taufan Pasifik.

Pada puratanya, negara kepulauan itu dilanda 20 taufan setiap tahun dengan beberapa daripadanya teruk dan merosakkan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!