Pemenang Mrs Malaysia World 2022 diketahui esok

Finalis Mrs Malaysia World 2022 ketika hadir di Kompleks Karangkraf pada Jumaat.
Finalis Mrs Malaysia World 2022 ketika hadir di Kompleks Karangkraf pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Selepas dua tahun tidak dilangsungkan susulan Covid-19, pertandingan Mrs Malaysia World 2022 kembali pada tahun ini.

Berbeza dengan edisi terdahulu, pertandingan itu terbuka kepada wanita yang sudah berkahwin, berumur antara 20 hingga 50 tahun.

Seramai 11 finalis dipilih untuk melangkah ke pertandingan akhir pada Sabtu ini bagi merebut mahkota kejuaraan sekali gus mewakili Malaysia ke pertandingan peringkat antarabangsa.

Menurut Duta Amal Mrs Malaysia World 2022, Lila Ruzaini Mohd Hussain, edisi kali ini dijangka memberi impak berbeza berdasarkan kepelbagaian latar belakang pesertanya.

Lila Ruzaini
Lila Ruzaini

"Pertandingan ini tidak hanya fokus kepada paras rupa namun bonus jika seseorang itu memiliki wajah yang cantik.

"Yang lebih penting, aktiviti amal dan kemasyarakatan yang mereka lakukan.

"Pada tahun ini, pihak penganjur pertandingan telah menetapkan tiada partisipasi daripada individu yang beragama Islam namun terbuka kepada yang lain," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan di Kompleks Karangkraf pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Lila Ruzaini memaklumkan, finalis Mrs Malaysia World 2022 terdiri daripada pelbagai latar belakang antaranya doktor, peguam dan ahli perniagaan.

Pada edisi 2021, Priyadarshimi MM Pellay Rameash dinobatkan sebagai Mrs Malaysia World dan mewakili negara di pertandingan Mrs World yang berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!