Hodak gembira raih kemenangan tapi tidak persembahan

Romel (kiri) meraikan jaringan KL City ketika berdepan PDRM FC dalam perlawanan pertama pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Kuala Lumpur Cheras, Khamis. - Foto Bernama
Romel (kiri) meraikan jaringan KL City ketika berdepan PDRM FC dalam perlawanan pertama pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Kuala Lumpur Cheras, Khamis. - Foto Bernama
A
A
A

PENGENDALI Kuala Lumpur City FC (KL City), Bojan Hodak mengakui gembira kemenangan diraih ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC dalam perlawanan pertama pusingan 16 Piala Malaysia pada Khamis.

Biarpun begitu, pengendali kelahiran Croatia itu masih belum berpuas hati dengan corak permainan yang ditampilkan para pemainnya pada perlawanan tersebut.

“Saya berpuas hati dengan kemenangan ini tetapi tidak dengan persembahan kami. Jaringan 3-0 adalah keputusan yang baik dan kami tidak dibolosi.

“Barisan pertahanan pun beraksi cukup baik, namun tidak bagi barisan hadapan. Mereka perlu lebih tenang dan bermain dengan lebih mudah pada perlawanan akan datang.

“Beberapa pemain yang jarang diturunkan diberikan peluang bermain pada perlawanan ini dan seperti biasa ada yang nampak tidak selesa tetapi ia pasti akan berubah pada perlawanan selepas ini.” katanya.

Dalam aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras itu, gol finalis Piala AFC tersebut dijaringkan Romel Morales pada minit ke-47’ dan 78’ serta jaringan Paulo Josue pada minit ke-67.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!