#TikTokGuru antara medium pembelajaran 10 teratas dengan lebih 18.6 bilion viewers
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan buat pertama kalinya pada 18 Mac 2020 berikutan penularan Covid-19, menjadi titik tolak kepada perubahan amalan kebiasaan penduduk di negara ini termasuk sektor pendidikan.
Sistem pendidikan formal bertukar sepenuhnya kepada pengoperasian secara digital ketika itu kerana orang ramai terpaksa untuk terus berada di rumah.
Meskipun terdapat banyak platform yang menawarkan perkhidmatan pendigitalan pendidikan, namun lebih ramai yang cenderung memilih pendidikan melalui aplikasi TikTok yang lebih menarik dan kreatif.
Pada bulan ini, TikTok meraikan ulang tahun kedua #TikTokGuru, tanda pagar rasmi TikTok bertujuan pendidikan dihasilkan oleh pencipta kandungan yang bukan sahaja terdiri daripada pakar yang ingin berkongsi pengetahuan tentang kemahiran mereka, malah guru sekolah swasta dan awam yang turut membantu pelajar belajar dengan cara lebih kreatif.
Menerusi #TikTokGuru, pencipta kandungan berkongsi pengetahuan dan ilmu dengan kaedah pembelajaran yang lebih menyeronokkan, interaktif dan kreatif berbanding pembelajaran formal di sekolah.
Contohnya @sir_asai yang merupakan guru Bahasa Inggeris di sekolah, turut memilih TikTok dengan #TikTokGuru untuk mengajar cara sebutan perkataan, tatabahasa dan sebagainya.
Sir Asai atau nama sebenarnya Ahmad Shahrul Azhan Ibrahim, kini mempunyai 777,900 pengikut dan mengumpul 1.2 juta tanda suka terhadap video ringkas yang dimuat naiknya.
Sementara itu, guru sains yang menggunakan akaun @cikguhailmi dan guru matematik di sebuah sekolah swasta, @cikgudebbie turut memilih aplikasi TikTok sebagai bahan pembelajaran dengan menggunakan green screen effect.
Tanda pagar seperti #JomBelajar #LearnOnTikTok #TahukahAnda #BelajarDigital #KuliahdiTikTok #LearnOnTikTok juga menjadi bilik darjah maya yang tidak hanya memberi manfaat kepada golongan pelajar, malah seluruh pengguna akaun TikTok.
Dengan tanda pagar tersebut, anda boleh memilih kandungan yang diperlukan di mana sahaja pada bila-bila hanya di hujung jari. Ia sememangnya membantu golongan muda untuk menghabiskan masa, tetapi bimbingan ibu bapa sangat penting dalam penggunaannya.
Family Pairing
Melalui ciri Family Pairing yang diperkenalkan di TikTok, ibu bapa kini boleh membuat pautan akaun TikTok dengan anak-anak mereka melalui masa skrin, mod terhad untuk menyaring kandungan dan mengehadkan atau mengawal pemesejan langsung akuan yang disambungkan.
Family Pairing meningkatkan alat keselamatan dan melengkapkan kerja untuk memberi akses yang lebih besar. Ia menawarkan kemampuan yang lebih baik kepada ibu bapa untuk membimbing anak-anak mereka sambil memberi masa untuk mendidik tentang keselamatan dalam talian.
Dengan era digitalisasi, TikTok menjadi pilihan semua orang tanpa mengira kewarganegaraan, etnik, jantina ataupun tahap sosioekonomi.
Platform TikTok membolehkan pengguna melontarkan idea kreatif melalui kandungan interaktif sehingga mendorong pengguna lain mengikutinya. Di Malaysia, #TikTokGuru merupakan antara tanda pagar 10 teratas dengan lebih 18.6 bilion viewers.
Tanda pagar pendidikan lain yang turut mendapat sambutan adalah #MakanLokal (2.9 bilion view) #Jombelajar (6 bilion view). Bagi tanda pagar di peringkat global pula, #LearnOnTikTok yang menawarkan kandungan apa sahaja mengenai penemuan baharu turut menjadi pilihan pengguna.
Si ulat buku yang sudah tentunya ternanti-nanti ulasan mengenai buku boleh menggunakan #BookTok bagi mendapatkan kandungan tersebut, manakala peminat gajet boleh meneroka ulasan peranti atau teknologi baharu menerusi #TechTok.
Pencipta kandungan, Iqbal Ahyar atau @iqbalahyar yang mempunyai 1.1 juta pengikut dan 35.9 juta tanda suka merupakan guru TikTok dengan mengetengahkan video mengenai sains dan biologi.
Seorang guru sejarah Syahmi Azizi atau @sirsyahmi92 turut memilih platform TikTok untuk berkongsi pengetahuan berhubung sejarah sesuatu atau tempat dan negara dengan cara penyampaian mudah difahami.
Pengguna TikTok yang meminati bahasa antarabangsa, boleh mempelajari dan memperbaiki bahasa bersama @ hellohilmi173 (Korea) @Lynnasensei (Jepun), @Sirsyazwan (Bahasa Arab) dan @stantheman705 (Mandarin) di TikTok dengan ribuan video pendek dan menarik.
Cara terbaik untuk mencari dan memilih kandungan di TikTok adalah menggunakan tanda pagar yang relevan seperti #FinanceGuru, #LanguageGuru, #LearnOnTikTok.
Semasa PKP, tutorial penjagaan kulit dan persolekan melalui #BeautyHacks, masakan dan DIY antara yang dilihat mendapat sambutan tinggi. Semua orang kini boleh mempelajari pelbagai perkara hanya dengan masa yang singkat dan juga di telefon pintar
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!