Dua anggota PGA maut kemalangan
PASIR MAS - Dua anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa maut dalam kemalangan di jalan Rantau Panjang-Pasir Mas pada Sabtu.
Dalam kejadian jam 4.25 pagi itu, mangsa, Jerry Layong Anak Nyalin, 32, dan Juna Anak Jembat, 39, maut di lokasi kejadian dipercayai akibat kecederaan teruk di kepala.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, siasatan awal mendapati setiba di lokasi kejadian kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki oleh anggota berpangkat koperal dan lans koperal itu telah melanggar belakang sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan.
"Perlanggaran itu menyebabkan kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan teruk pada bahagian kepala dan meninggal dunia di lokasi," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, mayat kedua-dua anggota terlibat kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!