Semangat berpasukan tunjang kekuatan Harimau Selatan

Shahrul Saad - Foto JOHOR Southern Tigers
Shahrul Saad - Foto JOHOR Southern Tigers
A
A
A

SEMANGAT berpasukan merupakan tunjang kejayaan finalis musim lalu Johor Darul Ta’zim (JDT) menyingkap kempen Piala Malaysia 2022 dengan kemenangan bergaya 4-0 ke atas Petaling Jaya City FC (PJ City) pada Rabu.

Malah tanpa berselindung pertahanan kental JDT, Shahrul Saad mengakui ia merupakan satu kepuasan apabila dapat menjaringkan gol pertamanya pada musim ini dalam perlawanan pertama pusingan 16 kejuaraan bola sepak berprestij tanah air itu.

“Sejujurnya saya sudah lama menanti detik ini dan berharap gol ketika menewaskan PJ City akan menyuntik motivasi dalam menambah lagi koleksi jaringan bersama JDT.

“Secara peribadi, sudah lama saya menunggu lakukan jaringan untuk JDT pada musim ini dan sangat gembira kerana berjaya mendapatkan gol yang penting buat pasukan dalam perlawanan ini,” katanya.

Harimau Selatan sebelum itu meledak empat gol bermula dengan tandukan minit keempat Shahrul, dipacu jaringan Safawi Rasid (39’), Akhyar Rashid (70’) dan Fernando Forestieri (79’) melengkapkan kemenangan bergaya pelawat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)

Anak buah Hector Bidoglio dijadualkan berdepan The Phoenix kendalian P Maniam untuk aksi timbal balik kedua di Stadium Sultan Ibrahim pada Isnin.

Sementara itu, Shahrul menegaskan kemenangan diraih pasukan tersebut di Petaling Jaya tersebut merupakan hasil kerjasama berpasukan dalam kalangan pemain.

“Kemenangan itu juga membuktikan semangat berpasukan menjadi teras kekuatan JDT walaupun mereka turun tanpa penggempur utama, Bergson da Silva.

Artikel Berkaitan:

“Bukan kami tidak perlukan Bergson selepas menang selesa ke atas PJ City tetapi paling penting menunjukkan semangat berpasukan di dalam JDT sangat baik.

“Sesiapa yang boleh membantu pasukan, kami akan sentiasa berikan yang terbaik bagi mendapatkan gol selain satu lagi, gawang kami tidak dibolosi dan diharapkan di sana tidak ada masalah buat kami,” katanya.



PIALA MALAYSIA

Perlawanan Kedua Pusingan 16

ISNIN ( 1 NOVEMBER )

Kuching City (2) lwn (2) Penang FC

(Std Negeri, 8.15 malam)

Sabah FC (2) lwn (1) UiTM FC

(Std Likas, 8.15 malam)

JDT (4) lwn (0) PJ City

(Std Sultan Ibrahim, 8.15 malam)

Kelantan FC (1) lwn (0) Sarawak United

(Std Sultan Muhammad IV, 9 malam)

SELASA (2 NOVEMBER)

Selangor FC (2) lwn (0) Kelantan United

(Std Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 9 malam)

Negeri Sembilan FC (2) lwn (1) Kedah Darul Aman FC

(Std Tuanku Abdul Rahman, 9 malam)

KL City (3) lwn (0) PDRM FC

(Std Bola Sepak Kuala Lumpur, 9 malam)

Terengganu FC (5) lwn (1) Sri Pahang FC

(Std Sultan Mizan Zainal Abidin, 9 malam)

* Dalam kurungan keputusan perlawanan pertama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!