Juruterbang jet tempur F-35A masih hilang

Jet tempur tersebut didakwa hilang dari radar sejurus tamat sesi latihan, semalam.
Jet tempur tersebut didakwa hilang dari radar sejurus tamat sesi latihan, semalam.
A
A
A

TOKYO - JEPUN. Bangkai pesawat tempur F-35A telah ditemukan sehari selepas ia dilaporkan hilang dari radar ketika terbang di ruang udara Pasifik, menurut Menteri Pertahanan Jepun, hari ini.

Takeshi Iwaya berkata, nasib juruterbang masih tidak diketahui.

"Operasi carian yang dilakukan pasukan keselamatan berjaya mendapatkan bahagian ekor pesawat itu dan siasatan awal mendapati ia jet tempur itu terhempas," ujarnya.

Jet tempur itu dilaporkan hilang pada jam 7.30 petang (waktu tempatan), semalam ketika ia terbang melakukan misi latihan kira-kira 135 kilometer di timur Misawa, timur laut Jepun.

Menurut Iwaya, juruterbang memaklumkan ia telah menamatkan latihan itu dan komunikasi dengan pesawat tersebut terputus secara tiba-tiba serta hilang dari radar.

Tentera Udara Jepun dalam satu kenyataan mengesahkan mereka telah menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca nahas tersebut. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!